Monday, January 20, 2014

SET DIABETES SHAKLEE

Bismillahhirrahmannirrahim..

DIABETES..hmm penyakit yang sungguh terkesan dalam hati saya..Arwah ayah saya sendiri adalah pengidap TYPE 2 DIABETES MELLITUS yang sangat bergantung pada suntikan insulin 4 kali sehari..Pakcik suami saya pula  baru mengadap Illahi beberapa bulan lepas juga disebabkan komplikasi Diabetes.Secara tak langsung saya dan suami juga sangat berisiko untuk menghidapnya secara genetik..Pagi Ahad ni macam aman sikit..suami tengah tido sebab semalam kepenatan sehari suntuk travel ke terengganu atas urusan kerja,kakak n adik tgh makan aiskrim sambil tengok kartun dan Muhd pulak tengah tido jugak...ahhh...aman damainyer hidup...hihihi..jadi kesempatan ini saya mahu berkongsi tentang SET DIABETES SHAKLEE yang kami berdua pilih untuk dijadikan perisai untuk mencegah DIABETES daripada menyerang kami pula.

Sebelum tu saya nak kongsi informasi tentang penyakit Diabetes ini dulu dengan semua..InsyaAllah..

Penyakit Diabetes boleh dikatakan pembunuh no 1 di Malaysia..Mengikut statistik yang dibuat kementrian kesihatan pada tahun 2011,1 daripada 5 orang di Malaysia (yang berumur 30 ke atas) dikatakan mempunyai Diabetes.Jumlah ini meningkat sebanyak 15%  hampir setiap setahun  menjadikan jumlah pesakit kronik ini pada tahun 2013 sebanyak 3.6 juta!!!!...dan Malaysia adalah juara pesakit diabetes tertinggi di ASIA..

APAKAH PENYAKIT DIABETES?
Secara ringkasnya Diabetes adalah keadaan apabila bacaan gula dalam darah terlalu tinggi.Keadaan ini berlaku apabila badan gagal menyerap glukos yang ada dalam darah disebabkan kekurangan hormon insulin yang dirembes oleh pankreas ataupun kegagalan insulin itu sendiri itu menjalankan fungsinya iaitu menyerap glukos dengan berkesan

JENIS-JENIS DIABETES

Ada 3 jenis diabetes;

1) Type 1 Diabetes Mellitus
Keadaan apabila badan pesakit tidak lagi menghasilkan insulin.Ini kerana sistem imun badan pesakit sendiri telah menyerang dan memusnahkan sel2 dimana insulin dihasilkan.Punca ini tidak begitu jelas tetapi ia mungkin disebabkan faktor2 genetik dan persekitaran.Orang yang menghidap Diabetis jenis 1 ini mesti mengambil insulin setiap hari untuk hidup.Kebanyakan pesakit menghidap diabetes jenis ini pada umur yang masih muda dan ada kes yang masih kanak2.




2) Type 2 Diabetes Mellitus
Keadaan dimana badan pesakit tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun insulin yang terhasil tidak mencukupi keperluan badan pesakit.Kira2 75% dari pesakit Diabetes mengidap 'type 2 Diabetes Mellitus' ini.Obesiti atau berat badan berlebihan antara yang menyumbang kepada Diabetes jenis ini.




3)Gestational Diabetes
Berlaku pada wanita hamil yang sebelum ini tiada langsung masalah Diabetes tetapi mempunyai bacaan gula yang tinggi dalam darahnya sewaktu hamil.Paras glukos yang tinggi pada wanita hamil ini turut diserap janin menyebabkan saiz janin yang agak besar dan boleh menyebabkan komplikasi kelahiran sekiranya tidak dikawal.Ada antara ibu hamil yang berterusan mengidap Diabetes walaupun selepas melahirkan tetapi banyak juga yang selepas bersalin,bacaan gula dalam darah kembali normal.




Daripada info diatas,dapat kita simpulkan masalah Diabetes atau kencing manis ini terjadi akibat kandungan gula dalam darah yang tinggi.Soalannya bagaimana gula dalam darah ini terjadi???..

Begini senarionya,apabila kita makan ,makanan itu akan diuraikan kepada komponen yang lebih kecil dan mudah dihadam.Jadi,karbohidrat,lemak,protein dan lain2 akan ditukarkan menjadi glukos supaya badan dapat menggunakannya sebagai sumber tenaga.Selain daripada makanan yang kita makan,hati kita sendiri juga berupaya menghasilkan glukos.

Bagi kebanyakan tubuh yang normal,Hormon insulin yang dihasilkan okeh pankreas akan menentukan banyak mana tahap glukos dalam darah kita.Apabila kandungan glukos dalam darah berlebihan dari sepatutnya,Insulin akan merangsang sel badan untuk menyerap lebihan glukos ini dan menukarkannya kepada tenaga yang tubuh badan perlukan.Selain itu Insulin juga turut merangsang hati untuk menyerap dan menyimpan lebihan glukos dalam darah.Oleh itu, kegagalan badan menghasilkan insulin yang cukup untuk menyerap glukos dan kegagalan insulin itu sendiri untuk menjalankan fungsinya menyerap glukos adalah punca Diabetes berlaku.

Apa pula berlaku bila Diabetes???....Apa yang bahaya sgt ????

Ok,menjawab soalan kedua..Glukosa yang terlalu tinggi dalam darah pesakit Diabetes seterusnya boleh merosakkan saluran darah!!....ini sangat bahaya kerana ia membawa kepada komplikasi lain seperti PENYAKIT JANTUNG,KEROSAKAN BUAH PINGGANG,KEROSAKAN SARAF,KEROSAKAN MATA (seperti rabun dan buta),MATI PUCUK dan ANGIN AHMAR!!!...sebab itulah Diabetes sangat bahaya..



SIMPTOM-SIMPTOM DIABETES

Cuba anda perhatikan simptom2 yang selalu dihidapi pesakit diabetes dibawah ini..Anda mungkin mempunyai simptom2 ini lebih2 lagi sekiranya dalam family anda sendiri ada yang menghidapi penyakit ini
Antaranya:

1)Kerap haus/dahaga
2)Kerap buang air
3)Sentiasa lapar

selain 3 gejala yang paling ketara diatas,pesakit diabetes juga mudah merasa

*letih
*luka lambat sembuh
*Kekejangan di tangan dan kaki
*penglihatan jadi kabur
*Berat badan yang turun mendadak
*Kemerosotan otot2 di badan



haa..macamana..ada tak gejala2 di atas yang sering anda alami ..kalau ada,lebih baik anda confirmkan dengan membuat ujian darah di klinik @ hospital..Jangan ambil enteng penyakit Diabetes ini pembunuh no 1 di Malaysia tau!.

ok,mari kita lihat apa pula faktor2 yang menyebabkan Diabetes.

FAKTOR2 YANG MENYUMBANG PADA PENYAKIT DIABETES

1)OBESITI-kajian menunjukkan obesiti memberi tekanan pada sel2 badan.Aktiviti makan yang berlebihan memberi tekanan pada membran sel yg dipanggil('Endoplasmic Reticulum') .Apabila ER mempunyai terlalu banyak nutrient yang perlu diuraikan melebihi dari kemampuannya ,Ia akan menghantar signal kepada sel2 untuk memperlahankan pengeluaran insulin dipermukaan sel.Ini menyebabkan rintangan insulin untuk menjalankan fungsinya lantas menyebabkan kepekatan glukosa yang berterusan dalam darah..Satu sebab yang pasti menyebabkan Diabetes!!!

2)FAKTOR PEMAKANAN (terlalu banyak gula didalam diet)

3)GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT (tidak bersenam,suka makanan segera)

4)PENUAAN-Apabila usia semakin lanjut,penuaan akan menyebabkan pengumpulan AGE protein yang menyebabkan komplikasi Diabetes.
*AGE ini terbentuk apabila gula bertindakbalas dengan protein didalam badan*

5)GENETIK



Malang sekali,penyakit Diabetes yang sungguh kejam ini bukanlah penyakit yang boleh diubati.Walaubagaimanapun pesakit masih boleh dan perlu mengawal tahap gula dalam darah dari masa ke semasa supaya sentiasa berada pada tahap normal dan selamat supaya penyakit diabetes yang dihidapi tidak membawa kepada komplikasi2 yang lebih teruk seperti yang kita bincangkan diatas.

Antara cara untuk mengawal kencing manis atau diabetes ini adalah dengan
1)Ubatan,
2)Suntikan Insulin
3)Mengawal pemakanan & Cara hidup sihat
4)**SET DIABETES SHAKLEE.**

Sesetengah doctor mencadangkan pesakit diabetes yang masih diperingkat awal untuk lebih mengawal pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mengawal diabetes berbanding bergantung 100% kepada ubat..Sememangnya saya juga bersetuju dengan pendapat ini kecuali pesakit sudah di tahap serius sudah tentulah tak boleh menolak ubat2 ubatan lagi.Begitu juga bagi mereka yang berpotensi mendapat diabetes kerana mewarisinya daripada genetik..saya sangat rekomen anda mencuba SET DIABETES SHAKLEE ini.Ini juga adalah sebahagian daripada cara mengawal diabetes melalui pemakanan.Terdiri daripada:

1)Zink Complex-Menurunkan paras glukos dalam darah,Membantu tubuh menghasilkan insulin dan membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.

2)Alfalfa-Menurunkan paras gula dalam darah disamping merendahkan kolestrol.Dikatakan Alfalfa berkesan menurunkan paras gula dalam darah apabila penggunaan insulin pada pesakit diabetes tidak lagi berkesan Kandungan mangan yang tinggi dalam Alfalfa dikatakan yang menjadi faktor keberkesanan Alfalfa mengawal gula dalam darah bagi pesakit Diabetes

3)GLA-Asid lemak Omega 6 yang terkandung didalamnya adalah agen anti keradangan dan dapat membantu kesakitan saraf yang dialami pesakit Diabetes

4)SR vit C-Meningkatkan sistem imun badan,Mencegah gula dalam sel daripada bertukar menjadi sorbitol dan membantu mengurangkan penghasilan katarak,retinopati dan neuropati yang sering menyerang pesakit diabetes.

5)ESP-Protein soyanya yang rendah indeks glisemik membantu badan mengekalkan tahap gula yang sihat manakala hormon soya tumbuhan menggalakkan penghasilan hormon insulin.

6)VIVIX-Bersifat sebagai antioksidan dan anti penuaan,vivix membantu pesakit Diabetes dengan mencegah penghasilan AGE protein iaitu gula berlebihan yang menyebabkan Arherosclerotic dan sel mati.

7)B Complex-B complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga.Kegagalan makanan untuk diuraikan kepada tenaga adalah faktor glukosa didalam darah berada pada tahap yang tinggi dan menyebabkan Diabetes.Selain itu B6 @ pyridoxine yang terkandung didalam B complex juga sangat penting terutama bagi ibu yang hamil untuk mengelakkan terjadinya 'Gestational Diabetes'.Ini kerana pyridoxine berperanan membantu pankreas menghasilkan insulin.




Jom sama2 mencegah Diabetes.Istimewanya Set Diabetes Shaklee ini bukan saje mengawal diabetes tapi juga meningkatkan kesihatan keseluruhan..contohnya Alfalfa selain menurunkan paras gula dalam darah dan menurunkan kolestrol turut sama mengurangkan masalah resdung & merapatkan keintiman wanita,ESP ,Vitamin C dan B complex disamping memberi tenaga dan menguatkan imun, turut sama berperanan untuk menjadikan kulit lebih gebu,licin dan cantik,Zink pula  meningkatkan prestasi kesuburan lelaki disamping berperanan menyembuhkan luka dengan cepat,GLA pula turut membantu menyeimbangkan hormon wanita,membina collagen untuk kulit yang lebih anjal,mengawal jerawat dan mengurangkan pigmentasi Manakala VIVIX sangat awesome!! sebagai anti penuaan dan juga anti kanser!!

Jadi tiada sebab untuk ragu2 membeli SET DIABETES SHAKLEE kan??..kawal Diabetes..cantikkan kulit dan tingkatkan kesihatan keseluruhan..berbaloi-baloi!!!

Hubungi saya untuk dapatkan set ini pada harga yang istimewa:
Arlia 0193598803
SID :1017461
facebook:Arlia Muda
fanpage:Suplimen Terlaris di Malaysia

Bertindak sekarang!!..Jangan biarkan diabetes meragut kebahagiaan anda dan tersayang..

sumber rujukan:

(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kitajuaradiabetes_obesiti/Article/index_html)
             (http://www.news-medical.net/health/What-is-Diabetes.aspx)
              http://www.health.ny.gov/diseases/conditions/diabetes/types_of_diabetes.htm
             (http://www.news-medical.net/health/What-is-Diabetes.aspx)
              http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=39840
              http://health.wikinut.com/Alfalfa-for-Diabetes-and-Cholesterol/7fglsggy/


Friday, January 17, 2014

SUPLIMEN TERBAIK IBU HAMIL UNTUK 9 BULAN TERINDAH


Bismillahirrahmannirrahim..

Supplimen terbaik untuk ibu mengandung? bagi saya supplimen yang terbaik haruslah mampu mencukupi keperluan vitamin,mineral ataupun nutrisi yang ibu dan bayi perlukan disamping berupaya mengatasi alahan dan kesukaran yang ibu hamil lalui sepanjang 9 bulan kehamilan..Akhirnya saya temui juga walaupun agak lambat..iaitu bila mengandung untuk anak ke 4..Alhamdulillah..better late than never kata org putih ..Inilah pengalaman pertama saya menggunakan suplimen terbaik sepanjang kehamilan..tak lain tak bukan SET IBU MENGANDUNG SHAKLEE..




Ada 3 sebab yang mendorong saya ambil suplimen Shaklee.
Pertama...sebab kandungan 'paraben ' yang ada dalam obimin..di sesetengah negara paraben ni dah banyak diharamkan dalam kosmetik dan ubatan kerana  kesan sampingannya.

Kedua..kerana isu halal dan haram..susah betul nak cari vitamin di farmasi yang ada pengesahan halal dan haram

Ketiga..Memandangkan mak saya yang nampak sungguh sihat selepas menggunakan SET SAKIT SENDI + ESP + Vitalea..Teringin pulak nak mencuba sendiri..Kebetulan ramai pulak kawan2 baik saya yang dah guna produk Shaklee dan bagitau memang produk ni bagus dan berkesan..;

Atas dorongan2 diatas saya pun beli SET MENGANDUNG UNTUK 4 BULAN PERTAMA iaitu Vitalea,BComplex,SR vit C dan Ostematrix.Bila usia Kandungan meningkat 4 bulan saya tambah pula OMEGA dan ESP.Sekarang usia kandungan saya sudahpun masuk 8 bulan.Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ni,terus terang saya cakap saya tak pernah rasa nak pitam,tak pernah lagi kaki kramp bila sejuk atau tidur malam,tak rasa lagi pinggang dan kaki yang sakit dan lenguh2 macam mengandung yang sudah2..Tiada alahan,migrain ataupun rasa loya2 macam yang biasa saya lalui bila mengandung..Inilah satu2nya pengalaman mengandung yang paling mudah setakat nih..Alhamdulillah syukur sangat2..Allah mudahkan saya mengandung anak ke4 ni..Dapatlah saya uruskan anak2 yang lagi  3orang tu (6 tahun,5 tahun dan setahun) tanpa masalah disamping melakukan kerja2 rumah seharian.

Berbeza sangat dengan pengalaman mengandung yang sudah2..saya sentiasa kepenatan,tercungap2,rasa nak pitam bila berdiri,kaki cramp ....pendek kata kalau mengandung memang rasa sungguh lama dan terseksa nak melalui 9 bulan..tapi kali ini..untuk pertama kalinya saya telah berjaya melepasi 8 bulan kehamilan dengan jayanya tanpa banyak keluhan dan penderitaan..ewahhh...hehe..tapi memang betul yer..serius saya tak tipu..

Jadi,to all pregnant ladies out there...Please get urself the best suplimen from Shaklee..Ada yang kata mahal tapi sebenarnya tak mahal langsung nak dibandingkan kesan positifnya pada badan kita..tambahan pulak kebanyakan vitaminnya tahan berbulan2..contohnya SR vita C tahan 6 bulan,B complex pula tahan 4 bulan..hmm ok whut???

Jom kita tengok vitamin apa yang ada dalam set mengandung Shaklee nih:



1)VITALEA
Multivatimin terbaik yang paling lengkap dan seimbang ni membekalkan 28 vitamin dan mineral termasuk iron yang penting untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan..Pengambilan yang disiplin dan konsisten (2 tablet selepas makan) setiap hari,anda akan dapati badan anda lebih bertenaga,tidak mudah lesu dan mengantuk,malah susah untuk jatuh sakit.



2)SUSTAINED RELEASED VITAMIN C
*Vitamin C sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sel,menyembuhkan luka dengan cepat,mencantikkan kulit,serta menguatkan imun tubuh untuk melawan jangkitan dan  melindungi sel2 badan dari kerosakan akibat radikal bebas.Kekurangan vitamin C dikalangan ibu hamil dikatakan boleh menjejaskan perkembangan minda bayi.Selain itu vitamin C juga membantu menyerap iron yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
*Dos vit c untuk wanita hamil adalah 85 mg dan tidak boleh melebihi 1000 mg sehari


3)B COMPLEX
*Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi.Pengambilan asid folic yang cukup boleh mengurangkan risiko kecacatan Neural tube.
*Selain itu juga kekurangan vitamin B juga boleh menyebabkan Anemia dikalangan wanita hamil yang menyebabkan sindrom kepenatan,susah nak bernafas & mudah mendapat jangkitan
*Kekurangan B6 @ Pyridoxine pula dikaitkan sebagai punca utama ibu hamil mengalami "Gestational Diabetes" ..Ini kerana B6 membolehkan pankreas mengeluarkan insulin dan kegagalan badan kita menghasilkan insulin adalah punca terjadinya diabetes.
*Manakala kekurangan keseluruhan vitamin B pula boleh menyebabkan "Hypoglecimia"iaitu keadaan dimana kandungan gula didalam darah terlalu rendah menyebabkan migraine,rasa lapar yang melampau,mudah pitam,stress dan banyak lagi.
Kesimpulannya B complex yang menukarkan makanan kepada tenaga  sangatlah penting sepanjang kehamilan kita.

4)OSTEMATRIX
Ostematrix adalah vitamin kalsium yang sangat bagus kerana turut diperkaya dengan vitamin D dan Magnesium yang membantu penyerapan kalsium yang berkesan.
*Kalsium sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan juga bayi dalam kandungan.Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari.Kesan kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu hamil mendapat "PREECLAMPSIA" yang boleh membawa maut kepada ibu dan anak dalam kandungan.
*Peranan kalsium yang mengawal pengecutan saraf,otot dan kesihatan tulang juga mengurangkan risiko ibu hamil mengalami kekejangan (simpul biawak),sakit pinggang,lenguh2 sendi dan saraf sepanjang kehamilan.
*Kandungan kalsium dan magnesium didalam ostematrix ini juga membantu ibu hamil untuk tidur lebih lena sekaligus mengurangkan ketidakselesaan yang sering dialami serta bangun tidur keesokannya dalam keadaan segar  bertenaga.




5)OMEGA GUARD (trimester 2 & 3 shj)
*Omega 3 sangat penting untuk perkembangan otak,sistem  saraf dan penglihatan yang baik.Dos yang disarankan untuk ibu hamil adalah 200-300 mg sehari.
*Omega Shaklee adalah yang terbaik kerana bersumberkan ikan laut dalam dan melalui proses ultratulen bergred farmaseutikal yang memastikan omega 3 ni bebas dari merkuri,plumbum,arsenik dan bahan lain yang berbahaya.
*Omega diambil pada trimester ke 2 (mingu ke16)kehamilan  dan perlu dihentikan pengambilannya pada minggu ke 36 kehamilan..Ini kerana pada trimester ke 2 & ke 3 ini perkembangan mata dan otak bayi sedang berlaku dan omega 3 membantu janin menyerap kebaikannya pada waktu ini.Manakala pada minggu ke 37 bayi boleh dikatakan sudah matang dan bersedia untuk kelahiran ,memandangkan sifat omega yang boleh mencairkan darah maka ia tidak sesuai lagi diambil apabila bayi sudah matang.



6) ESP
*Esp adalah protein soya yang mengandungi 9 asid amino penting yang badan sangat perlukan tapi tidak dapat menghasilkannya sendiri.Keistimewaan ESP shaklee kerana kandungannya yang rendah lemak dan bebas kolestrtol.
*protein penting untuk memberikan tenaga kepada ibu hamil dan menggalakkan tumbesaran bayi (penting untuk perkembangan otot dan otak bayi).Selain itu protein juga menguatkan imun badan serta mencantikkan kulit ibu dan bayi.
*Bagi ibu hamil,protein dari ESP yang rendah indeks glisemik membantu mencegah diabetes kerana proses pnyerapan glukosa yang lebih lambat diusus kecil.

Bagi ibu yang sedang hamil,saya sangat sarankan anda mencuba set hamil Shaklee.Saya sangat yakin kehamilan anda akan lebih mudah dengan set terbaik ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya juga berharap semua ibu hamil mengambil berat pengambilan vitamin yang disiplin dan konsisten kerana ia sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan bayi,kelahiran pramatang,berat bayi yang tidak cukup di samping memastikan si ibu Kuat,Bertenaga dan Sihat sepanjang kehamilan.

Hubungi saya untuk dapatkan set ini:
FACEBOOK:Arlia Muda
CALL/SMS/WA:0193598803
FANPAGE:Suplimen Terlaris di Malaysia





**free consultation untuk semua pelanggan tersayang**





sumber rujukan:
1)http://drzubaidi.com/blog/?p=2545
2)http://www.babycenter.com/0_vitamin-c-in-your-pregnancy-diet_660.bc
3)http://ezinearticles.com/?The-Importance-of-Vitamin-B-Complex-While-Pregnant&id=3729649
    http://www.medicinenet.com/hypoglycemia/article.htm#what_is_hypoglycemia
4):http://www.healthline.com/health/baby-care
5)http://americanpregnancy.org/pregnancyhealth/omega3fishoil.html
6)http://www.whattoexpect.com/pregnancy/eating-well/week-37/protein.aspx

Wednesday, January 8, 2014

Pengedar Shaklee di Berserah,Kuantan

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya.Saya adalah pengedar sah
Shaklee di area Berserah,Kuantan.
Anda boleh dapatkan suplimen kesihatan
Shaklee secara cash on delivery di kawasan Berserah,Batu hitam,Kuantan,Indera Mahkota,Kampung Padang,Tanjung Pasir dan Bukit Goh tanpa sebarang kos  penghantaran.Selain tu saya juga buat penghantaran pos laju ke seluruh Malaysia.
Shaklee tiada branch di kuantan dan tidak dijual di mana-mana shopping mall,farmasi,kedai-kedai @ kiosk,tapi jangan risau anda boleh dapatkan produk kesihatannya melalui SID berdaftar seperti saya..

Biar saya kenalkan diri saya.Nama saya,Arlia bt Muda adalah seorang isteri,surirumah dan  bakal ibu kepada 4 cahaya mata yang comel..3 org dah keluar..sorang lg masih dlm peyutt...bln 5 nanti InsyaAllah bakal menyusul dan menambahkan lg kehuru haraan hidupku..hahaha... (huru hara yg bahagia :)))





Saya mula berjinak2 dgn shaklee pada Syawal tahun lepas..mulanya nak cari suplimen untuk ibu tersayang.Mak saya ada arthritis dan selalu sangat mengantuk,penat,sakit sendi,lenguh sana lenguh sini...pendek kata memang susah lah nak tengok mak ni cergas n sihat..Anak mana yang  tak risau kan..Jadi dalam proses pencarian suplimen terbaik untuk mak..saya tergerak hati nk mencuba shaklee..banyak testimoni yang saya baca disamping fenomena sekarang yang saya tengok tak melampau kalau saya katakan Shaklee sudah jadi suplimen pilihan utama rakyat Malaysia..terkenal dengan reputasinya yang semulajadi,selamat dan berkesan disamping halal...saya  tertarik hati membeli set sendi terdiri drpd advance joint heatlh set,omega dan ostematrix n tambahan esp dgn vitalea..dptlah free membership.Sebulan lepas tuh mak telefon saya dan bagitau badan dia rasa segar n bertenaga..sakit sendi dah banyak kurang...wahhh...bagusnyer..jarang sungguh nak dengar mak sihat macam ni...




Terus masa tu saya order suplimen mengandung untuk saya pulak..dah 8 bulan saya amalkan set ibu hamil Shaklee ni dan sangat-sangat berpuashati..Sebelum ni pun tiap kali mengandung saya amalkan prenatal vitamins yang diberikan doktor tapi kesan yang saya rasakan sungguh berbeza..mungkin salah satu sebabnya vitamin shaklee bersumberkan bahan asli dan bukannya sintetik dan kedua tiada pengawet yang ada kesan sampingan seperti paraben..Senang cerita,saya cergas dan kuat tanpa alahan yang teruk sewaktu hamil kali ni..




Dah 6 bulan saya menjadi Sid shaklee..bonus yang saya dapat agak memberangsangkan.Setiap bulan bertambah..itu tak termasuk untung runcit yang terus masuk dalam poket yer..(best2!..)Paling penting saya dan keluarga lebih menghargai kesihatan dan jatuh hati dengan suplimen..
Sesiapa nak tanya tentang suplimen dan berkongsi masalah  kesihatan boleh pm saya :

Facebook:Arlia muda
Fan page: SHAKE UR LIFE
call/msg/wa:0193598803

Sesiapa yang macam saya nak ada pendapatan sendiri yang stabil  tapi dalam masa sama nak jaga anak2 sendiri..boleh pm saya juga.
InsyaAllah saya berkongsi ilmu dan pengalaman sendiri..Harap2 dapat menambah nilai dalam kehidupan anda juga.
Jom semua...kita sihat dan cantik dengan Shaklee!