Monday, January 20, 2014

SET DIABETES SHAKLEE

Bismillahhirrahmannirrahim..

DIABETES..hmm penyakit yang sungguh terkesan dalam hati saya..Arwah ayah saya sendiri adalah pengidap TYPE 2 DIABETES MELLITUS yang sangat bergantung pada suntikan insulin 4 kali sehari..Pakcik suami saya pula  baru mengadap Illahi beberapa bulan lepas juga disebabkan komplikasi Diabetes.Secara tak langsung saya dan suami juga sangat berisiko untuk menghidapnya secara genetik..Pagi Ahad ni macam aman sikit..suami tengah tido sebab semalam kepenatan sehari suntuk travel ke terengganu atas urusan kerja,kakak n adik tgh makan aiskrim sambil tengok kartun dan Muhd pulak tengah tido jugak...ahhh...aman damainyer hidup...hihihi..jadi kesempatan ini saya mahu berkongsi tentang SET DIABETES SHAKLEE yang kami berdua pilih untuk dijadikan perisai untuk mencegah DIABETES daripada menyerang kami pula.

Sebelum tu saya nak kongsi informasi tentang penyakit Diabetes ini dulu dengan semua..InsyaAllah..

Penyakit Diabetes boleh dikatakan pembunuh no 1 di Malaysia..Mengikut statistik yang dibuat kementrian kesihatan pada tahun 2011,1 daripada 5 orang di Malaysia (yang berumur 30 ke atas) dikatakan mempunyai Diabetes.Jumlah ini meningkat sebanyak 15%  hampir setiap setahun  menjadikan jumlah pesakit kronik ini pada tahun 2013 sebanyak 3.6 juta!!!!...dan Malaysia adalah juara pesakit diabetes tertinggi di ASIA..

APAKAH PENYAKIT DIABETES?
Secara ringkasnya Diabetes adalah keadaan apabila bacaan gula dalam darah terlalu tinggi.Keadaan ini berlaku apabila badan gagal menyerap glukos yang ada dalam darah disebabkan kekurangan hormon insulin yang dirembes oleh pankreas ataupun kegagalan insulin itu sendiri itu menjalankan fungsinya iaitu menyerap glukos dengan berkesan

JENIS-JENIS DIABETES

Ada 3 jenis diabetes;

1) Type 1 Diabetes Mellitus
Keadaan apabila badan pesakit tidak lagi menghasilkan insulin.Ini kerana sistem imun badan pesakit sendiri telah menyerang dan memusnahkan sel2 dimana insulin dihasilkan.Punca ini tidak begitu jelas tetapi ia mungkin disebabkan faktor2 genetik dan persekitaran.Orang yang menghidap Diabetis jenis 1 ini mesti mengambil insulin setiap hari untuk hidup.Kebanyakan pesakit menghidap diabetes jenis ini pada umur yang masih muda dan ada kes yang masih kanak2.




2) Type 2 Diabetes Mellitus
Keadaan dimana badan pesakit tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun insulin yang terhasil tidak mencukupi keperluan badan pesakit.Kira2 75% dari pesakit Diabetes mengidap 'type 2 Diabetes Mellitus' ini.Obesiti atau berat badan berlebihan antara yang menyumbang kepada Diabetes jenis ini.




3)Gestational Diabetes
Berlaku pada wanita hamil yang sebelum ini tiada langsung masalah Diabetes tetapi mempunyai bacaan gula yang tinggi dalam darahnya sewaktu hamil.Paras glukos yang tinggi pada wanita hamil ini turut diserap janin menyebabkan saiz janin yang agak besar dan boleh menyebabkan komplikasi kelahiran sekiranya tidak dikawal.Ada antara ibu hamil yang berterusan mengidap Diabetes walaupun selepas melahirkan tetapi banyak juga yang selepas bersalin,bacaan gula dalam darah kembali normal.




Daripada info diatas,dapat kita simpulkan masalah Diabetes atau kencing manis ini terjadi akibat kandungan gula dalam darah yang tinggi.Soalannya bagaimana gula dalam darah ini terjadi???..

Begini senarionya,apabila kita makan ,makanan itu akan diuraikan kepada komponen yang lebih kecil dan mudah dihadam.Jadi,karbohidrat,lemak,protein dan lain2 akan ditukarkan menjadi glukos supaya badan dapat menggunakannya sebagai sumber tenaga.Selain daripada makanan yang kita makan,hati kita sendiri juga berupaya menghasilkan glukos.

Bagi kebanyakan tubuh yang normal,Hormon insulin yang dihasilkan okeh pankreas akan menentukan banyak mana tahap glukos dalam darah kita.Apabila kandungan glukos dalam darah berlebihan dari sepatutnya,Insulin akan merangsang sel badan untuk menyerap lebihan glukos ini dan menukarkannya kepada tenaga yang tubuh badan perlukan.Selain itu Insulin juga turut merangsang hati untuk menyerap dan menyimpan lebihan glukos dalam darah.Oleh itu, kegagalan badan menghasilkan insulin yang cukup untuk menyerap glukos dan kegagalan insulin itu sendiri untuk menjalankan fungsinya menyerap glukos adalah punca Diabetes berlaku.

Apa pula berlaku bila Diabetes???....Apa yang bahaya sgt ????

Ok,menjawab soalan kedua..Glukosa yang terlalu tinggi dalam darah pesakit Diabetes seterusnya boleh merosakkan saluran darah!!....ini sangat bahaya kerana ia membawa kepada komplikasi lain seperti PENYAKIT JANTUNG,KEROSAKAN BUAH PINGGANG,KEROSAKAN SARAF,KEROSAKAN MATA (seperti rabun dan buta),MATI PUCUK dan ANGIN AHMAR!!!...sebab itulah Diabetes sangat bahaya..



SIMPTOM-SIMPTOM DIABETES

Cuba anda perhatikan simptom2 yang selalu dihidapi pesakit diabetes dibawah ini..Anda mungkin mempunyai simptom2 ini lebih2 lagi sekiranya dalam family anda sendiri ada yang menghidapi penyakit ini
Antaranya:

1)Kerap haus/dahaga
2)Kerap buang air
3)Sentiasa lapar

selain 3 gejala yang paling ketara diatas,pesakit diabetes juga mudah merasa

*letih
*luka lambat sembuh
*Kekejangan di tangan dan kaki
*penglihatan jadi kabur
*Berat badan yang turun mendadak
*Kemerosotan otot2 di badan



haa..macamana..ada tak gejala2 di atas yang sering anda alami ..kalau ada,lebih baik anda confirmkan dengan membuat ujian darah di klinik @ hospital..Jangan ambil enteng penyakit Diabetes ini pembunuh no 1 di Malaysia tau!.

ok,mari kita lihat apa pula faktor2 yang menyebabkan Diabetes.

FAKTOR2 YANG MENYUMBANG PADA PENYAKIT DIABETES

1)OBESITI-kajian menunjukkan obesiti memberi tekanan pada sel2 badan.Aktiviti makan yang berlebihan memberi tekanan pada membran sel yg dipanggil('Endoplasmic Reticulum') .Apabila ER mempunyai terlalu banyak nutrient yang perlu diuraikan melebihi dari kemampuannya ,Ia akan menghantar signal kepada sel2 untuk memperlahankan pengeluaran insulin dipermukaan sel.Ini menyebabkan rintangan insulin untuk menjalankan fungsinya lantas menyebabkan kepekatan glukosa yang berterusan dalam darah..Satu sebab yang pasti menyebabkan Diabetes!!!

2)FAKTOR PEMAKANAN (terlalu banyak gula didalam diet)

3)GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT (tidak bersenam,suka makanan segera)

4)PENUAAN-Apabila usia semakin lanjut,penuaan akan menyebabkan pengumpulan AGE protein yang menyebabkan komplikasi Diabetes.
*AGE ini terbentuk apabila gula bertindakbalas dengan protein didalam badan*

5)GENETIK



Malang sekali,penyakit Diabetes yang sungguh kejam ini bukanlah penyakit yang boleh diubati.Walaubagaimanapun pesakit masih boleh dan perlu mengawal tahap gula dalam darah dari masa ke semasa supaya sentiasa berada pada tahap normal dan selamat supaya penyakit diabetes yang dihidapi tidak membawa kepada komplikasi2 yang lebih teruk seperti yang kita bincangkan diatas.

Antara cara untuk mengawal kencing manis atau diabetes ini adalah dengan
1)Ubatan,
2)Suntikan Insulin
3)Mengawal pemakanan & Cara hidup sihat
4)**SET DIABETES SHAKLEE.**

Sesetengah doctor mencadangkan pesakit diabetes yang masih diperingkat awal untuk lebih mengawal pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mengawal diabetes berbanding bergantung 100% kepada ubat..Sememangnya saya juga bersetuju dengan pendapat ini kecuali pesakit sudah di tahap serius sudah tentulah tak boleh menolak ubat2 ubatan lagi.Begitu juga bagi mereka yang berpotensi mendapat diabetes kerana mewarisinya daripada genetik..saya sangat rekomen anda mencuba SET DIABETES SHAKLEE ini.Ini juga adalah sebahagian daripada cara mengawal diabetes melalui pemakanan.Terdiri daripada:

1)Zink Complex-Menurunkan paras glukos dalam darah,Membantu tubuh menghasilkan insulin dan membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.

2)Alfalfa-Menurunkan paras gula dalam darah disamping merendahkan kolestrol.Dikatakan Alfalfa berkesan menurunkan paras gula dalam darah apabila penggunaan insulin pada pesakit diabetes tidak lagi berkesan Kandungan mangan yang tinggi dalam Alfalfa dikatakan yang menjadi faktor keberkesanan Alfalfa mengawal gula dalam darah bagi pesakit Diabetes

3)GLA-Asid lemak Omega 6 yang terkandung didalamnya adalah agen anti keradangan dan dapat membantu kesakitan saraf yang dialami pesakit Diabetes

4)SR vit C-Meningkatkan sistem imun badan,Mencegah gula dalam sel daripada bertukar menjadi sorbitol dan membantu mengurangkan penghasilan katarak,retinopati dan neuropati yang sering menyerang pesakit diabetes.

5)ESP-Protein soyanya yang rendah indeks glisemik membantu badan mengekalkan tahap gula yang sihat manakala hormon soya tumbuhan menggalakkan penghasilan hormon insulin.

6)VIVIX-Bersifat sebagai antioksidan dan anti penuaan,vivix membantu pesakit Diabetes dengan mencegah penghasilan AGE protein iaitu gula berlebihan yang menyebabkan Arherosclerotic dan sel mati.

7)B Complex-B complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga.Kegagalan makanan untuk diuraikan kepada tenaga adalah faktor glukosa didalam darah berada pada tahap yang tinggi dan menyebabkan Diabetes.Selain itu B6 @ pyridoxine yang terkandung didalam B complex juga sangat penting terutama bagi ibu yang hamil untuk mengelakkan terjadinya 'Gestational Diabetes'.Ini kerana pyridoxine berperanan membantu pankreas menghasilkan insulin.




Jom sama2 mencegah Diabetes.Istimewanya Set Diabetes Shaklee ini bukan saje mengawal diabetes tapi juga meningkatkan kesihatan keseluruhan..contohnya Alfalfa selain menurunkan paras gula dalam darah dan menurunkan kolestrol turut sama mengurangkan masalah resdung & merapatkan keintiman wanita,ESP ,Vitamin C dan B complex disamping memberi tenaga dan menguatkan imun, turut sama berperanan untuk menjadikan kulit lebih gebu,licin dan cantik,Zink pula  meningkatkan prestasi kesuburan lelaki disamping berperanan menyembuhkan luka dengan cepat,GLA pula turut membantu menyeimbangkan hormon wanita,membina collagen untuk kulit yang lebih anjal,mengawal jerawat dan mengurangkan pigmentasi Manakala VIVIX sangat awesome!! sebagai anti penuaan dan juga anti kanser!!

Jadi tiada sebab untuk ragu2 membeli SET DIABETES SHAKLEE kan??..kawal Diabetes..cantikkan kulit dan tingkatkan kesihatan keseluruhan..berbaloi-baloi!!!

Hubungi saya untuk dapatkan set ini pada harga yang istimewa:
Arlia 0193598803
SID :1017461
facebook:Arlia Muda
fanpage:Suplimen Terlaris di Malaysia

Bertindak sekarang!!..Jangan biarkan diabetes meragut kebahagiaan anda dan tersayang..

sumber rujukan:

(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kitajuaradiabetes_obesiti/Article/index_html)
             (http://www.news-medical.net/health/What-is-Diabetes.aspx)
              http://www.health.ny.gov/diseases/conditions/diabetes/types_of_diabetes.htm
             (http://www.news-medical.net/health/What-is-Diabetes.aspx)
              http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=39840
              http://health.wikinut.com/Alfalfa-for-Diabetes-and-Cholesterol/7fglsggy/


No comments:

Post a Comment